Monday, July 27, 2009

Berapa Lama Wahai Habsah?

Dari Kuliah Tafsir Al-Quran di Radio IKIM pada 27 Julai 2009 Jam 6.30 pagi.
Ustaz Haji Zahazan telah menceritakan kisah Khalifah Saidina Umar Al Khatab r.a telah bertanya kepada anaknya, habsah, mengenai berapa lama sesaorang wanita itu boleh bertahan tidak didatangi (mengadakan hubungan suami isteri) dengan suaminya.
Habsah menjawab, :"kenapa ayahanda bertanya begitu?"
Saidina Umar menjawab " Kalau bukan kerana kepentingan Umat Islam, aku tidak akan bertanya soalan sedemikian rupa".
Seterusnya Habsah menjawab, " 4 bulan".
Demikianlah setiap peperangan yang berlaku, Saidina Umar akan membuat penggantian (replacement) tentera Islam pergi berperang tidak melebihi tempoh seperti yang dikatakan oleh anaknya, Habsah.
Kita fikirkanlah sekiranya tempoh melepasi 4 bulan tersebut, kemungkinan apakah boleh berlaku?

No comments:

Post a Comment