Sumber: http://www.topix.net/my/kuala-lumpur/2009/05/malaysias-40-richest
Robert Kuok Kekal Rakyat Malaysia Terkaya Dengan Kekayaan AS$9 BilionKUALA LUMPUR, 28 Mei -- Robert Kuok, peneraju Kumpulan Kuok, kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lepas, demikian menurut Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia 2009.
Dalam satu kenyataan di sini Khamis, Forbes berkata Kuok telah menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.
Ahli perniagaan Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lepas. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya.Mereka juga menusia terkaya di Asia Tenggara.
Rakyat Malaysia ketiga terkaya ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lepas tetapi mengekalkan kedudukannya ditempat ketiga.
Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan bernilai AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lepas.Ia menyatakan kemerosotan 22 peratus kekayaan itu sebahagian besarnya disebabkan sejajar dengan penurunan 21 peratus di Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dan tidaklah buruk sangat, jika diambil kira ringgit Malaysia telah turun 10 peratus berbanding dolar AS, nilai mata wang yang digunakan bagi ukuran itu.
Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh 40 orang terkaya di negara ini.Ini merupakan perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai terkaya Forbes Asia.Tan Sri Vincent Tan (ranking 10, AS$750 juta) dari Berjaya Corporation Bhd merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang terkeluar daripada ranking mereka yang memiliki kekayaan berbilion dolar dalam tempoh 12 bulan lepas kerana harga saham syarikatnya merosot.Tiga orang yang memasuki kumpulan terkaya itu ialah anggota Lembaga Pengarah IOI Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi Tan Sri Chen Lip Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian Goh Peng Ooi (ranking 34, AS$112 juta).Empat orang menyertai semula kumpulan itu selepas terkeluar selama setahun atau lebih.Antara mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100 juta) dan Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjuual saham Southern Bank beberapa tahun lepas dan kini membuat pelaburan baru.Terbitan terbaru Forbes Asia turut menonjolkan Tan Sri Francis Yeoh, peneraju konglomerat YTL (ranking tujuh, AS$1.8 bilion).Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai Francis Yeoh boleh diperolehi pada terbitan 8 Jun Forbes Asia, yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku.
Rank Name Net Worth ($MIL) Age
1 Robert Kuok 9,000 85
2 Ananda Krishnan 7,000 71
3 Lee Shin Cheng 3,200 70
4 Lee Kim Hua 2,500 80
5 Teh Hong Piow 2,400 79
6 Quek Leng Chan 2,300 68
7 Yeoh Tiong Lay 1,800 79
8 Syed Mokhtar AlBukhary 1,100 57
9 Tiong Hiew King 1,000 74
10 Vincent Tan 750 57
11 Azman Hashim 470 69
12 William H.J. Cheng 390 66
13 G. Gnanalingam 260 64
14 Lim Kok Thay 225 57
15 Anthony Fernandes 220 45
16 Mokhzani Mahathir 215 48
17 Lee Oi Hian 210 58
18 Chan Fong Ann 209 78
19 Kamarudin Meranun 205 48
20 Chong Chook Yew 200 87
21 Chen Lip Keong 195 61
22 Lee Swee Eng 190 53
23 Jeffrey Cheah 185 64
24 Lim Wee Chai 180 51
25 Ahmayuddin bin Ahmad 175 52
26 Lee Hau Hian 174 55
27 Lau Cho Kun 165 73
28 Vinod Sekhar 150 41
29 Liew Kee Sin 140 50
30 Tiah Thee Kian 135 61
31 Rozali Ismail 130 53
32 Lin Yun Ling 115 54
33 Yaw Teck Seng 113 71
34 Goh Peng Ooi 112 53
35 Eleena Azlan Shah 110 49
36 David Law Tien Seng 105 NA
37 Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir 100 61
38 Hamdan Mohamad 98 53
39 Tan Teong Hean 95 65
40 Kua Sian Kooi 90 56
Dari jumlah di atas, tuan-tuan kira sendirilah:
1. Jumlah kekayaan (RM) dunia di Malaysia ini.
2. Jumlah kekayaan bukan bumiputra
3. Jumlah kekayaan Melayu/bumiputera.
4. Kesimpulannya.
Saturday, July 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment